Friday, December 13, 2013

Wardah Homestay Kundasang

Sejuk mata memandang Keindahan
Gunung Kinabalu Persis dingin udara Kundasang



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Selamat datang ke Blog Wardah Homestay Kampung Sinisian Kundasang, Ranau, Sabah.

Kami menyediakan sebuah rumah teres untuk disewa dan kemudahan untuk menginap dengan kadar yang berpatutan.



Penginapan homestay merupakan satu kawasan penginapan yang memberi persekitaran yang sangat sesuai kepada percutian bersama keluarga kerana ia menyediakan satu penginapan seperti sebuah rumah dan memberi keselesaan yang memuaskan.

Justeru, Wardah Homestay adalah pilihan yang terbaik bagi percutian-percutian yang berkeluarga.







Lokasi

Berada dalam lingkungan kawasan Walai Tokou Homestay dan terletak di Kampung Sinisian

Terletak berhampiran dengan 13 tempat menarik untuk dilawati di Kundasang:

1. Gerai Sayur Kundasang - 2 minit (pusat membeli belah sayur-sayuran segar, madu lebah, buah-buahan, strawberry dan bunga-bungaan)

2. Pekan Kundasang- 3 minit (pusat aktiviti utama pekan kundasang, kedai-kedai, restoran, pusat servis tayar, aktiviti pesta kubis dan pesta kaamatan dibuat di pekan kundasang).

3. Shell Kundasang    - 3 minit (tempat mengisi minyak kenderaan)

4. KFC Kundasang - 3 minit (Restoran khas masakan ayam goreng KFC)

5. Tugu Peringatan (Kundasang War Memorial) - 3 minit (Tugu peringatan P.O.W Kundasang. Tugu yang memperingati perjuangan parajurit Inggeris yang terkorban semasa perang dunia ke-2 yang berlaku di Negeri Sabah)

6. Argo T Seed Nursery (Rose and Strawberry Garden) - 5 minit (Taman bunga rose dan strawberry)

7. Desa Dairy Farm - 10 minit (Padang rumput yang luas menghijau dan indah ala-ala New Zealand)

8. Taman Kinabalu - 10 minit (Mercu dan gerbang utama pendakian Gunung Kinabalu).

9. Mount Kinabalu Golf Course - 15 minit (Padang rumput Golf tertinggi di Malaysia)

10. Taman Kinabalu     Mesilau - 20 minit (Mercu dan gerbang utama pendakian Gunung Kinabalu melalui laluan Kampung Mesilau).

11. Kolam Air Panas (Poring Hot Spring)    - 45 minit (kolam air panas yang menyediakan kolam mandi yang hangat dan baik untuk terapi kulit dan sendi-sendi serta melawat jambatan atas pokok di kawasan rimba Kolam Air Panas Poring.).
 
12. Sabah Tea - 45 minit (pemandangan ladang teh yang luas)


13. Sungai Luanti - 45 minit (suasana permai di rimba dan air sungai yang sejuk di Kampung Luanti. Lihat dan nikmati kejinakan ikan-ikan yang luar biasa)



Pemandangan interior dalam bilik

Ruang dapur

Pemandangan di halaman luar yang berlatarkan Gunung Kinabalu

Suasana ruang tamu
Kemudahan


3 bilik tidur

2 bilik air

1 ruang tamu

1 dapur

1 pelantar beratap yang luas untuk aktiviti keluarga

Pelan interior homestay



Kelengkapan


  • 2 katil Queen untuk 2 bilik
  • 1 katil single untuk 1 bilik




  • Almari, meja solek, tuala
  • Sofa, Televisyen, Pemain Video CD, Astro Beyond, Pemanas air
  • Peti sejuk, Dapur Gas dan peralatan memasak yang lengkap






Terma dan syarat
  • Penginap adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram
  • Dilarang membawa makanan dan minuman yang tidak halal
  • Dilarang membawa binatang peliharaan 
Harga
  • Harga - RM 280.00 untuk 1 malam
  • Deposit - RM 80.00 untuk 1 malam
  • Masa masa masuk (check in) - 02.00 PM
  • Masa keluar (check out) - 11.55 AM
Hubungi Kami:

Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi atau SMS kami di talian:
012 - 83999509